Kod Gtn Penerangan
IFU508 IT Hub
Pusat Teknologi Maklumat (Information Technology/ IT) yang terlibat dengan penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat
IFU509 Menara Pemancar Telekomunikasi
Struktur menara atau antena untuk operasi telekomunikasi
IFU510 Rizab Telekomunikasi
Kabel telekomunikasi milik operator telekomunikasi
IFU511 Telekomunikasi Lain
Aktiviti telekomunikasi yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
IFU600 Pelupusan Sisa Pepejal
Kemudahan pengurusan sisa pepejal ertinya mana-mana tanah,loji tetap atau bergerak dan sistem yang menggabungkan struktur, kelengkapan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi mengendalikan, menstor, mengasingkan, mengangkut, memindahkan, memproses, mengitar semula, mengolah dan melupuskan sisa pepejal terkawal dan termasuklah stesen pemindahan, tapak pelupusan, tambak tanah kebersihan, loji penunu dan loji pengolahan haba lain, loji pengitar semula dan loji pengkomposan.
IFU601 Pusat Rawatan Sisa Pepejal
Mana-mana tanah yang digunakan bagi mengendalikan, menstor, mengasingkan, mengangkut, memindahkan,memproses, mengitar semula, mengolah dan melupuskan sisa pepejal terkawal dan termasuklah stesen pemindahan, tapak pelupusan,tambak tanah kebersihan, loji penunu dan loji pengolahan haba lain, loji pengitar semula dan loji pengkomposan
IFU602 Pusat Pemindahan Sisa Pepejal
Tempat/Kemudahan di mana sisa pepejal terkawal dipunggah dari kenderaan pungutan sisa, dan dimuatkan semula ke dalam kenderaan angkut jauh berkapasiti besar, baj atau pengangkutan rel bagi penghantaran laluan darat atau air ke kemudahan pengolahan dan pelupusan.
IFU603 Insinerator (Termaplant)
Tempat atau alat untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran
IFU604 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari
Tempat pembuangan sampah yang dilengkapi sistem pengumpulan gas metana dan air larut resap, loji rawatan air larut resap dan penutupan liner.
IFU605 Tapak Pusat Pengumpulan/ Pemindahan
Tapak atau tempat untuk mengumpul sisa bagi tempoh sementara waktu sebelum aktiviti berikutnya dijalankan. Aktiviti atau proses mungkin termasuk pengumpulan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan dan kitar semula. Aktiviti pengumpulan turut boleh dilakukan di tempat khas atau bangunan bagi menyimpan bahan-bahan buangan dan tidak terhad kepada gudang tertutup, bangunan terbuka, bekas atau container perkapalan.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini