Kod Gtn Penerangan
IFU407 Benteng Pemecah Ombak
Struktur binaan yang dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan pantai bagi menstabilkan bahagian pantai semula jadi atau buatan daripada hakisan
IFU408 Tali Air dan Jalan
Rizab tali air yang digunakan bersama jalan penghubung
IFU500 Telekomunikasi
Aktiviti yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan aktiviti berkaitan seperti transmisi suara, data, teks, audio dan video.
IFU501 Satelit Bumi
Stesen gelombang mikro yang menampung antena parabola untuk menerima atau memancar isyarat dari atau ke satelit
IFU502 Stesen VSAT
Stesen gelombang mikro yang menampung antena parabola untuk kawasan luar bandar
IFU503 Stesen Radio Selular
Stesen pangkalan gelombang mikro yang berfungsi untuk menerima dan menghantar isyarat radio
IFU504 Bangunan Ibu Sawat
Bangunan yang menempatkan pusat suis atau pengsuisan yang merangkaikan atau menghubungkan talian telefon atau komunikasi
IFU505 Stesen Bukit
Stesen microwave bagi permulaan dan akhir isyarat gelombang mikro
IFU506 Stesen Radio
Bangunan atau premis stesen radio termasuk struktur dan kemudahan yang menyokong aktivitinya
IFU507 Menara Radar/Antena
Menara yang menempatkan radar atau antena yang berfungsi untuk memancar dan menerima gelombang radio.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini