Kod Gtn Penerangan
TPK311 Arked/Bazar
Premis Perdagangan yang ditempatkan di dalam lorong berbumbung atau di dalam bangunan yang menempatkan aktiviti perniagaan kecil-kecilan
TPK312 Gerai Statik/Medan Selera
Aktiviti perniagaan informal yang wujud di pusat Bandar, pusat kejiranan, kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan institusi yang menjual pelbagai barangan, minuman dan makanan dalam ruang yang disediakan secara tetap atau sementara dan lebih kecil daripada kedai
TPK313 Pasar Borong
Menempatkan aktiviti jual beli barangan secara pukal. Ia menawarkan perkhidmatan untuk tadahan penduduk yang ramai dan kawasan yang lebih luas.
TPK314 Pasar Basah dan Kering
Menempatkan aktiviti penjualan barangan makanan harian seperti ikan, sayuran, buah-buahan dan sebagainya
TPK315 Stesen Minyak
Stesyen minyak yang menyediakan kemudahan mengisi bahan api iaitu petrol, diesel dan NGV untuk kenderan bermotor
TPK400 Pembangunan Penggunaan Bercampur
Pembangunan yang membenarkan lebih dari satu penggunaan di dalam sebuah bangunan atau bangunan-bangunan yang kesemuanya didirikan di atas satu lot tanah yang lazimnya merupakan pembangunan berstrata. Jenis penggunaan bercampur hendaklah saling menyokong di antara satu sama lain dan terdiri daripada penggunaan bercampur kediaman, komersil dan kemudahan awam.
TPK401 Pembangunan Penggunaan Bercampur Menegak (vertical)
merangkumi fungsi kediaman, komersial, institusi kemudahan masyarakat dan lain-lain dalam satu struktur bangunan di atas lot tanah yang sama
TPK500 Kegunaan Khusus
Premis/kawasan yang dibina secara khusus untuk kegunaan komersial
TPK501 Pendidikan Swasta
Institusi pendidikan dioperasi oleh pihak swasta yang menawarkan aktiviti pendidikan pelbagai peringkat. Ia melibatkan sekolah pra pendidikan, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan termasuk pendidikan khas dan sokongan.
TPK502 Kesihatan Swasta
Institusi kesihatan dioperasi oleh pihak swasta (Contoh : Hospital Swasta, Klinik Swasta, Pusat Rawatan Dialisis dan lain-lain)

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini