Kod Gtn Penerangan
TPI225 Pembuatan Lain
Bahagian ini termasuk pembuatan pelbagai produk yang tidak diliputi oleh lain-lain bahagian dalam pengkelasan. Termasuk pembuatan barang kemas, bijouterie, instrument muzik, barangan sukan, barang permainan dll.
TPI226 Pembaikan, Pemasangan Mesin dan Kelengkapan
Bahagian ini termasuk pembaikan khusus barang yang dikeluarkan dalam sektor pembuatan bagi tujuan untuk pembaikan jentera, peralatan dan produk lain dalam keadaan sediakala.
TPI227 Perkapalan/ Marin
Industri Khas yang berasaskan marin /perkapalan
TPI228 Pemprosesan Barang Kitar Semula
Pemprosesan bahan/barang kitar semula kepada bahan mentah.
TPI300 Perlombongan/Kuari
Perlombongan dan pengkuarian termasuk pengekstrakan mineral yang terjadi secara semulajadi seperti pepejal (batu arang dan bijih), cecair (petroleum) atau gas (gas asli). Pengektrakan boleh dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti perlombongan bawah tanah atau dedah, pengoperasian telaga, perlombongan dasar laut dan lain-lain.
TPI301 Perlombongan
Kawasan perlombongan bagi mendapatkan mineral seperti emas, bijih timah dan sebagainya
TPI302 Kuari
Kawasan untuk mendapatkan bahan batuan seperti granit, batu kapur dan sebagainya
TPI400 Rumah Pekerja
Rumah kakitangan pihak swasta yang dibina untuk tujuan penginapan pekerja di dalam kawasan Industri.
TPI401 Rumah Pekerja
Rumah kakitangan pihak swasta yang dibina untuk tujuan penginapan pekerja di dalam kawasan Industri.
TPI402 Penginapan Pekerja Asing
Kemudahan tempat tinggal yang dibangunkan khusus kepada pekerja asing yang digajikan oleh majikan yang sama dan diuruskan oleh majikan itu sendiri atau diserahkan kepada pihak pengurusan berdaftar

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini