Kod Gtn Penerangan
PN101 Pantai Berpasir
Pantai yang mana kawasannya terdiri daripada kawasan pasir, kawasannya bebas daripada air dan sering kali dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti rekreasi yang bersesuaian
PN102 Pantai Berbatu
Pantai yang struktur tanah di kawasannya berbatu dan sangat stabil kerana ombak tidak mampu menghakis batu-batu.
PN103 Pantai Berlumpur
Pantai berlumpur merupakan kawasan tanah paya atau berlumpur yang kebiasaan ditumbuhi pokok bakau.
PN104 Pantai Semulajadi Lain
Aktiviti pantai semulajadi yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
PN200 Buatan
Kawasan pantai buatan manusia (man-made) seperti kawasan tambak dan lain-lain yang berkaitan
PN201 Kawasan Tambakan
Kawasan yang sebelum ini ditenggelami air dan di tingkat bawah garis air pasang yang telah ditambak
PN202 Pantai Buatan Lain
Aktiviti pantai buatan yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
PT000 Pertanian
"pertanian" termasuklah hortikultur, perladangan, penanaman tanaman, pokok buah-buahan, sayursayuran, atau pokok, penanaman tumbuh-tumbuhan untuk digunakan sebagai makanan binatang, perladangan tenusu, pembiakan dan pemeliharaan ternakan, ikan, atau lebah, dan menggunakan tanah bagi maksud tambahan pada mana-mana kegiatan itu atau pada mana-mana kegiatan pertanian yang lain; tetapi tidak termasuk menggunakan tanah sebagai sebuah taman untuk digunakan bersama dengan suatu bangunan yang bercantum pada tanah itu; dan "pertanian" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
PT100 Tanaman
Penanaman pokok-pokok yang ditanam bagi maksud mendapatkan hasil
PT101 Kelapa Sawit
Kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini