Kod Gtn Penerangan
IPG304 Lapangan Terbang Kecil (Airstrip)
Kawasan darat atau air untuk memberikan kemudahan bagi kapal udara mendarat dan berlepas;
IPG305 Pengangkutan Udara Lain
Aktiviti pengangkutan udara yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
IPG400 Jalan
Mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam mempunyai akses dan termasuklah jambatan, terowong, hentian sebelah, kemudahan feri, jalan bertingkat, bulatan jalan, pulau lalu lintas, pembahagi jalan, segala lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, jejambat, jalan tembok, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan khidmat dan struktur dan lekapan lain bagi memberi kesan sepenuh kepada penggunaannya
IPG401 Lebuhraya
Lebuhraya termasuk semua lorong lalulintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, jambatan, jejambat, jalan tembok, jalan bertingkat, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan rawat, kawasan senggara, perabot lebuhraya, papan tanda dan lain-lain struktur dan lekapan dan mana-mana kawasan lain yang berdekatan dengannya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia
IPG402 Jalan Persekutuan

Jalan yang dibina dan diselenggara oleh JKR Persekutuan yang berfungsi untuk menghubungkan bandar utama dan pintu masuk negara atau negeri-negeri. Lima (5) jenis jalan Persekutuan adalah :

  • Jalan Persekutuan Utama.
  • Lebuh Raya Bertol.
  • Jalan Persekutuan FELDA.
  • Jalan Industri.
  • Jalan Masuk ke Institusi Persekutuan.
IPG403 Jalan Negeri
Jalan yang dibina dan diselenggara oleh JKR Negeri untuk meningkatkan perhubungan dalam negeri.
IPG404 Jalan Bandaran
Jalan yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah jalan-jalan yang dibina oleh pihak pemaju
IPG405 Jalan Lain
Aktiviti jalan yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)
PN000 Pantai
Tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar)
PN100 Semulajadi
Jaluran tanah semulajadi yang berhubung secara langsung dengan laut yang termasuk antara zon garisan air pasang rendah dan tinggi

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini