Kod Gtn Penerangan
IPG102 Terminal/Stesen Bas
Kawasan atau premis bagi perkhidmatan bas; di mana pengguna bas boleh mendapatkan perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pengangkutan bas awam.
IPG103 Terminal/Stesen Keretapi/Rel
Kawasan atau premis bagi perkhidmatan keretapi/ LRT/ MRT/ HSR/ ECRL/ Monorail; di mana pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pengangkutan keretapi/ LRT/ MRT/ HSR/ ECRL/ Monorail.
IPG104 Terminal Pengangkutan Bersepadu
Kawasan atau premis bagi perkhidmatan pelbagai mod pengangkutan awam iaitu bas, teksi, dan keretapi. Menawarkan perkhidmatan tempat pembelian dan tempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas serta lain-lain perkhidmatan pengangkutan awam.
IPG105 Depoh Bas
Kawasan atau premis meletak bas yang tidak beroperasi; pusat penyenggaraan dan membaik pulih bas; tempat menunggu dan berehat pemandu
IPG106 Depoh Keretapi/Rel
Kawasan atau premis untuk menyimpan, membaiki dan baik pulih keretapi/ LRT/ MRT/ HSR/ ECRL/ Monorail.
IPG107 Depoh Lori/Jentera Berat
Tempat atau kawasan persinggahan yang menghubungkan lori-lori perkhidmatan pengangkutan jarak jauh antara bandar (intra-city line-haul) dengan lori-lori perkhidmatan pengumpulan dan penghantaran dalam bandar atau dengan rangkaian lalu lintas pengedaran di luar bandar.
IPG108 Pelabuhan Darat
Kawasan atau premis yang dilengkapi dengan kemudahan untuk memuatkan dan memunggah kargo
IPG109 Landasan Keretapi/Rel
Laluan keretapi/ LRT/ MRT/ HSR/ ECRL/ Monorail.
IPG112 Tempat Letak Kenderaan
Kawasan atau bangunan tempat letak kenderaan yang disediakan samada di kawasan terbuka atau dalam bangunan khas.
IPG113 Pengangkutan Darat Lain
Aktiviti pengangkutan darat yang lain (yang aktivitinya tidak tersenarai di atas)

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini