Nombor rujukan yang diberi kepada lot tanah yang telah diukur dan diplot ke atas Pelan Akui dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
Pembahagian kawasan RT kepada beberapa kawasan yang lebih kecil bagi penyediaan Peta Cadangan yang terperinci.
Pembahagian Blok Perancangan kepada kawasan-kawasan yang lebih kecil untuk tujuan penyediaan garis panduan pembangunan dan Kelas Penggunaan Tanah dan Bangunan.
Kategori guna tanah di bawah Kanun Tanah Negera iaitu pertanian, bangunan dan industri.
Jenis guna tanah semasa di sesuatu lot, termasuk yang komited.
Pengelasan kategori gunatanah umum (Tahap 1) seperti yang telah disenaraikan di dalam Manual GIS Rancangan Pemajuan Versi 2.0.
Pengelasan kategori gunatanah separa terperinci (Tahap 2) seperti yang telah disenaraikan di dalam Manual GIS Rancangan Pemajuan Versi 2.0.
Pengelasan kategori gunatanah terperinci (Tahap 3) seperti yang telah disenaraikan di dalam Manual GIS Rancangan Pemajuan Versi 2.0.

Cadangan guna tanah yang ditunjukkan dalam Rancangan Tempatan berdasarkan klasifikasi guna tanah berikut :

i. Perumahan;

ii. Komersil;

iii. Industri;

iv. Institusi dan Kemudahan Masyarakat;

v. Tanah Lapang dan Rekreasi;

vi. Pengangkutan dan Lalulintas;

vii. Infrastruktur dan Utiliti;

viii. Pertanian;

ix. Hutan;

x. Badan Air; dan

xi. Pantai.

Keamatan penggunaan tanah yang dihitung atau dinyatakan mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau bilik yang boleh didiami, atau apa-apa gabungan faktor itu, bagi satu unit kawasan tanah; dan bagi maksud takrif ini, "bilik yang boleh didiami" tidaklah termasuk dapur, bilik stor, bilik utiliti, tandas, bilik mandi, atau garaj.
Nisbah antara jumlah luas lantai suatu bangunan dengan luas plot bangunan sebagaimana yang diukur antara garisan sempadan ukur atau, jika tidak ada garisan sempadan ukur, antara garisan sempadan sementara.
Bahagian kawasan daripada mana-mana lot yang akan diliputi oleh bangunan.
Cadangan bagi had ketinggian maksimum sesuatu bangunan atau binaan yang diukur dari pemukaan tanah dalam unit bilangan tingkat.
Seperti yang ditetapkan oleh Rancangan Tempatan berkaitan (Cth. Hakmilik Kerajaan atau Persendirian)
Tarikh fakta persetujuan PBN yang disiarkan dalam Warta Negeri iaitu tarikh persetujuan ke atas Draf RT oleh MMKN.
Tarikh warta pengubahan zon gunatanah utama, kelas kegunaan bangunan, nisbah plot, ketinggian dan kawasan plinth (yang mana berkaitan) bagi lot-lot terlibat.
Jenis-jenis atau kategori guna tanah dan guna bangunan yang dibenarkan di sesuatu lot atau kawasan, mengikut Rancangan Tempatan, beserta dengan perincian serta syarat-syaratnya.

Kategori ketinggian tanah mengikut Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi seperti berikut:

i) Tanah Rendah (Pamah) - 150m ke bawah

ii) Tanah Bukit – dari 150m hingga 300m

iii) Tanah Tinggi – lebih dari 300m hingga 1000m

iv) Gunung – lebih dari 1000m

Kategori kecerunan tanah mengikut Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi seperti berikut:

i) Kelas 1 (<15 degree)

ii) Kelas 2 (>15 <25 degree)

iii) Kelas 3 (>25 <35 degree)

iv) Kelas 4 (>35 degree)

Kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk sebarang jenis pembangunan, atas faktor status tanah, kejuruteraan, ekonomi, sosial atau kerentanan alam sekitar.
Kawasan-kawasan yang hendak dibangunkan atau, difikirkan sesuai untuk dibangunkan.
Faktor-faktor berkaitan gunatanah atau polisi perancangan yang akan mempengaruhi keutamaan peletakan untuk sesuatu pembangunan baharu.
Skor ialah nilai keutamaan bagi sesuatu faktor utama. Dicadangkan nilai skor adalah antara (“0” Tidak Mempengaruhi - 10 Paling Mempengaruhi)
Pemberat ialah nilai keutamaan bagi sesuatu sub-faktor. Dicadangkan nilai adalah antara (“0” Tidak Mempengaruhi – “10” Paling Mempengaruhi)
Jarak atau kedekatan dengan kemudahan awam.

Kemudahan-kemudahan awam utama yang berimpak tinggi seperti:

i) Institut Pengajian Tinggi/Kolej/Politeknik/Maktab/Institut Perguruan

ii) Kolej Vokasional

iii) Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional

iv) Institut Latihan

Kemudahan-kemudahan awam seperti:

i) Sekolah Rendah

ii) Sekolah Menengah Kebangsaan

iii) Sekolah Bersepadu/Model Khas

iv) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

v) Sekolah Wawasan

vi) Sekolah Berasrama Penuh

vii) Hospital

viii) Klinik

ix) Klinik Kesihatan/Poliklinik

x) Klinik Desa

xi) Klinik Ibu dan Anak

xii) Klinik Komuniti

xiii) Masjid

xiv) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)

xv) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

xvi) Balai Polis

xvii) Muzium

xviii) Pejabat Kerajaan/Agensi Kerajaan

xix) Kegunaan Kerajaan/Badan Berkanun Lain

xx) Dewan Serbaguna Awam

xxi) Dewan Orang Ramai

xxii) Balai Raya/Pusat Komuniti

xxiii) Perpustakaan

Jarak atau kedekatan dengan hub penangkutan.

Hab-hab pengangkutan utama yang berimpak tinggi seperti:

i) Terminal Pengangkutan Bersepadu

ii) Pelabuhan Laut

iii) Terminal feri/bot

iv) Lapangan Terbang

Hab-bab pengangkutan sekunder seperti:

i) Terminal/Stesen Bas

ii) Terminal/Stesen Keretapi/Rel

iii) Pelabuhan Darat

iii) Marina

iv) Jeti

Jarak atau kedekatan dengan kemudahan rekreasi.

Kemudahan-kemudahan rekreasi utama seperti:

i) Taman Bandaran

ii) Taman Tempatan

iii) Stadium

iv) Kompleks Sukan

Kemudahan-kemudahan rekreasi seperti:

i) Kejiranan

ii) Kompleks Renang

iii) Kemudahan Sukan dan Rekreasi Lain

Jarak atau kedekatan dengan jalan-jalan utama.
Jalan-jalan utama seperti lebuhraya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan utama bandaran
Jarak atau kedekatan dengan fasiliti utiliti atau prasarana utama.

Kemudahan-kemudahan infrastructur utama seperti:

i) Pencawang Masuk Utama (PMU)

ii) Stesen Pengagih Gas

iii) Loji Rawatan Air

iv) Bangunan Ibu Sawat

Jarak atau kedekatan dengan pusat komersial atau kelompok komersial utama.
Kawasan industri utama yang di kategorikan sebagai Taman Perindustrian.
Jarak atau kedekatan dengan pusat komersial atau kelompok komersial utama.

Pusat komersial seperti:

i) Hypermarket

ii) Superstore

iii) Kompleks Perniagaan

iv) Pendidikan Swasta

v) Kesihatan Swasta

vi) Kemudahan Swasta

vii) Kemudahan Sukan dan Rekreasi Swasta

Had sempadan bandar seperti yang telah dikenalpasti oleh pihak PLANMalaysia.