Kod Gtn Penerangan
TPK301 Rumah Kedai
Premis komersial yang mempunyai dua (2) fungsi iaitu untuk kediaman dan perniagaan di dalam satu bangunan pada aras yang berbeza.
TPK302 Kedai Pejabat
Premis komersial yang mempunyai dua (2) fungsi iaitu untuk pejabat dan perniagaan di dalam satu bangunan pada aras yang berbeza.
TPK303 Hypermarket
Gedung perniagaan layandiri dalam bangunan sesebuah dengan keluasan ruang lantai perniagaan tidak kurang daripada 5,000 meter persegi yang menjual pelbagai jenis barangan pengguna, merangkumi barangan makanan dan bukan makanan, dalam pelbagai saiz, kuantiti dan bentuk pembungkusan. (KPDNKK, 2012)
TPK304 Superstore
Superstore adalah perniagaan layan diri dengan ruang lantai perniagaan 3,000 hingga 4,999 meter persegi yang menjual pelbagai barangan pengguna merangkumi barangan makanan dan bukan makanan. Hanya syarikat yang mengendalikan hypermarket boleh memohon untuk menjalankan perniagaan dalam format superstore
TPK305 Kompleks Perniagaan
Satu pusat pembangunan perniagaan yang dibangunkan secara komprehensif di mana ianya merangkumi pelbagai jenis ruang perniagaan seperti pusat membeli-belah (mall), butik, arked, bazar, studio fesyen, restoran, medan selera, pejabat, hotel dan sebagainya
TPK306 Pangsapuri Perkhidmatan
Unit-unit kediaman berbilang tingkat yang menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada pemilik atau penyewa seperti hotel
TPK307 Hotel
Tempat atau bangunan yang menyediakan kemudahan penginapan
TPK308 Kemudahan Penginapan
Penginapan jangka masa pendek untuk pelawat dan pengembara termasuk juga penginapan jangka masa panjang untuk pelajar, pekerja dan individu yang seumpamanya Contoh :Resort,Chalet,Rumah Tumpangan,Rumah Rehat,Hostel
TPK309 Pejabat
Bangunan yang menempatkan aktiviti perkhidmatan seperti bank, insurans dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.
TPK310 Restoran
Premis komersial yang menyedia dan menghidang makanan dan minuman kepada pelanggan.

-

Pengunjung

-

Hari Ini

-

Minggu Ini

-

Bulan Ini